Tuesday, 24 December 2013

Penjagaan Asas Arnab

Tahap Matang Arnab -->

- secara keseluruhan umur 6 bulan ke atas telah matang. Tetapi ianya adalah ikut baka juga. Contoh baka giant, kematangannya agak lambat. Manakala baka dwarf atau lop agak cepat matang, iaitu pada usia 4 bulan.

Proses Mengawan --> (images 1)

- Masukkan arnab betina yang telah matang ke dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan perkara sebaliknya kerana arnab betina mempunyai sikap territory, mungkin akan bergaduh dengan si jantan kerana menceroboh kawasannya. Biarkan selama 10-20 minit sahaja. Asingkan semula. Ada juga yang memasukkan arnab semalaman. Terpulanglah pada anda.

--> (images 2) arnab jantan
Penjagaan Ibu Arnab Bunting
- Perhatikan perubahan fizikal arnab betina anda terutamanya bahagian perut dan selera makannya makin bertambah. Berat badan juga akan bertambah. Teknik ‘palpate’ boleh dilakukan dengan cara merasa bahagian perut ibu arnab. Ada akan terasa ketulan (kepala anak arnab) dan kadangkala pergerakkannya. Tempoh bunting ialah +- 30 hari. Ada yang cepat atau lambat sedikit. Sediakan bakul/kotak untuk si ibu arnab beranak. Boleh juga gunakan alas daripada hay,kain atau suratkhabar.
- Beri ibu arnab makan alfalfa hay tanpa had untuk memperbanyakkan susu. Sumber lain yang tinggi protein & fiber juga bole digunakan. Secara tradisional, bagi napier India,akar ginseng jawa atau rumput Israel.
Tanda-tanda beranak - ibu arnab akan sibuk membuat sarang..mengutip hay dan mencabut bulu.
--> (images 3)

- Apabila kelahiran berlaku, ibu arnab akan memakan uri dan membersihkan anaknya untuk mendapatkan semula sumber tenaga. Uri mengandungi protein yang tinggi. Seringkali juga berlaku, si ibu arnab memakan anaknya sendiri. Ini mungkin terjadi kerana si ibu arnab terlalu kekurangan tenaga, sudah tau anaknya tidak boleh hidup lalu memakan anaknya. Oleh itu, anda perlu pastikan sumber air & makanan ibu arnab adalah cukup. Jika sediakan lebih adalah lebih baik.

Penjagaan Anak Arnab -->

--> (images 4)
Sebaik-baiknya seawal kelahiran sehingga anak arnab berusia 5-8 minggu. Khasiat susu ibu arnab amat diperlukan supaya antibodi anak arnab menjadi kuat dan kesihatannya terjamin. ( Seringkali saya perhatikan petshop menjual anak arnab bawah usia 1 bulan, ada yg berusia 2-3 minggu sudah dijual). Apabila diceraikan susu awal, badan anak arnab menjadi lemah. Mudah dijangkiti penyakit dan diserang cirit-birit lalu membawa maut.
Pellet, sayur,buah dan air boleh mula diberi apabila anak arnab celik mata. Celik mata kebiasaannya adalah antara 7-14 hari usia. Beri dalam kuantiti sedikit. Tidak perlu paksa, anda hanya sediakan sahaja air dan pellet di tempat yang mudah dicapai oleh anak arnab. Bila badannya bersedia, anak arnab akan makan dan minum sendiri.
Sekian~~~ terima kasih :)




No comments:

Post a Comment