Wednesday, 25 December 2013

Cara Untuk Mengenal pasti JANTINA kucing anda!

Angkat ekor anak kucing tersebut, lihat bahagian anus iaitu satu bukaan betul²l di bawah pangkal ekor. Di bawah bukaan anus pula ialah bukaan genital (alat kelamin) yang mana bagi anak kucing jantan ia berbetuk bulatan kecil dan bagi anak kucing betina, berbentuk seperti belahan menegak ( vertical slit) yang kecil.

(Bahagian anus dan genital anak kucing jantan berumur 2 bulan)

Bagi anak kucing yang sama umur dan saiz badan, jarak antara anus dan bukaan genital pada anak kucing jantan adalah lebih jauh dari jarak anus dan genital anak kucing betina.

(Bahagian anus dan genital anak kucing betina berumur 2 bulan)

Anda boleh juga menentukan jantina melalui warna bulu kucing.*(seperti cm yg sy da post sebelum ni)*
Kucing yang mempunyai 3 warna - putih, jingga dan hitam(calico) dan 2 warna ( jingga dan hitam -tortoiseshell) adalah betina ( faktor genetik).Kucing yang berwarna jingga kebanyakannya adalah jantan, tetapi tidak lah selalu ketara seperti bagi warna calico dan tortoiseshell.

Source : http://catlina7.blogspot.com (clik it) :*

No comments:

Post a Comment