Assalamualaikum .
(RE-POST FROM MY OLD BLOG)
Haa , bila kita tak habis makan mesti kita akan bagi dekat kucing kita kan ? Tak pun bagi kat kucing jalanan .Tapi tanpa kita sedari beberapa makanan yang boleh dimakan manusia adalah BERBAHAYA untuk kucing . Boleh membunuh tau !
1) Coklat
Saya percaya ramai yang dah tahu pasal kucing tak boleh makan coklat ni , bukan shj anjing je boleh mati makan coklat , kucing pun boleh ! Kucing dan anjing tak boleh makan coklat adalah kerana adanya ejen toksik bernama THEOBROMINE di dalam coklat . Coklat putih pun tak boleh makan tau , terutama sekali "dark chocolate" . Ia akan menyebabkan kucing mengalami sawan dan akhirnya mati . Secebis seciput sejilat coklat pun tak boleh !
2) Bawang Merah , Bawang Putih , Bawang Besar Dan Daun Bawang
Haa , ni memang selalu orang tak perasan . Selalunya kalau makanan kita tak habis kita selalu dgn "baik hatinya" bagi kita kucing sikit . Contohnya NASI GORENG yg tak habis dan macam-macam lagi yg dimasak dengan atau bersama bawang . Tidak kisah lah bawang yg telah dimasak atau mentah (asalkan berkaitan bawang) memang bahaya untuk kucing , ini kerana bawang MEMBUNUH sel darah merah dan akhirnya akan menyebabkan kucing kita mengalami sakit ANAEMIA iaitu penyakit kurang darah merah .
3) Caffeine
Teh dan kopi selalunya memang sedap diminum tapi amat berbahaya untuk kucing . Mana tahu air teh tak habis korang pun kasi kucing jilat .Pehh ! Caffeine akan menyebabkan kucing menghadapi keracunan caffeine , kekejangan , pernafasan menjadi laju dan mungkin juga mati .
4) Susu dan Produk Diari Lain(contoh keju)
Sesetengah orang kan dia suka bagi susu dekat kucing sebagai minuman , tetapi sebenarnya TAK PAYAH sebab perut kucing TAK SAMA macam kita . Minum air je cukup . Walaupun kucing minum susu semasa kecil tapi bila besar kucing tak ada enzim yang boleh menghuraikan laktose dalam susu . Ini akan menyebabkan kucing sakit cirit birit yang teruk dan boleh menyumbang kpd kematian .
*Tips : Kalau awak mempunyai anak kucing yg kehilangan ibu atau awk ambil kucing terbiar tanpa ibu , JANGAN SESEKALI BAGI anak kucing tu SUSU LEMBU . MATI jawabnya anak kucing tu . Sebaiknya pergi kedai haiwan dan beli susu pengganti susu ibu atau kalau takde beli susu kambing , ok ?
5) Ikan (terutama sekali Ikan Tuna)
Ok , ini memang mengejutkan sikit sebab selalu orang fikir makanan kucing je mesti ikan kan ? Ye memang boleh bagi kucing makan ikan tapi jangan jadikan ikan sebagai makanan tetap dan harian mereka . Bagilah makanan kucing macam Friskies atau Whiskers . " Habis tu Friskies tu bukan ade ikan juga ke ?" Memang betul , tetapi ade juga vitamin-vitamin lain dalam Friskies tu bukanya ikan semata-mata .
Kalau awak selalu sangat bagi makan ikan Tuna pula , kucing awak akan menghadapi keracunan merkuri sebab kandungan merkuri dalam ikan adalah tinggi .
Satu lagi , JANGAN bagi kucing makan IKAN MENTAH sebab dalam ikan mentah ada enzim yang membunuh thiamine iaitu vitamin B yg diperlukan kucing . Kekurangan thiamine akan menyebabkan kucing coma dan akhirnya mati .
6) Roti
Selalunya roti akan mempunyai ejen penaik contohnya doh yis sebab yis tu boleh membesar dalam badan kucing dan menyebabkan sakit abdomen dalam badan kucing tu .
7)Alkohol
Siapa bagi kucng ni memang gile . Bagi alkohol kat kucing akan menyebabkan korang berjaya menjadi pembunuh kucing berjaya .
8)Garam dan Gula
Garam yang berlebihan akan menyebabkan kucing mengadapi ketidaksetabilan electrolyte manakala gula berlebihan akan menyebabkan kucing mendapat diabetes dan obesiti , samalah macam manusia .
9)Telur Mentah dan Daging Mentah
Telur mentah dan daging mentah akan menyebabkan kucing akan mendapat E.Coli dan Salmonella . Selain itu , kucing juga berisiko untuk menghadapi keracunan makanan sama macam manusia juga .
10)Daging berlemak dan Tulang
Memberi makanan yang berlemak kepada kucing akan menyebabkan kucing mepunyai darah tinggi dan strok (macam manusia) . Tulang pula akan menyebabkan kucing tercekik dan sakit perut .
11)Cendawan
Cendawan akan menyebabkan toksik kepada kucing , koma dan akhirnya kematian .
Sejak saya baca info ni , terus saya tak bagi kucing makan makanan yang bertulang dan makanan yang ada bawang contohnya macam nasi goreng yg tak habis makan (dulu selalu buat) . Kalau korang nak bagi sisa makanan tak habis contohnya kari ayam . Ayam tu korang basuh dulu pastu baru bagi kucing sebab dalam kari mesti ada bawang kan ? Janganlah sebab kita kucing tu merana , ok ? Selamat beramal ;)
sumber_ dimana-mana sahaja,, -,-
No comments:
Post a Comment