Tuesday, 24 December 2013

Kuantiti Makanan Arnab!!

1) Beri makanan dan air bersih setiap hari. Pemberian kuantiti makanan adalah berbeza-beza bagi arnab diusia bawah 5 bulan dengan arnab diusia 6 bulan ke atas. Arnab yang usianya bawah 5 bulan perlu diberi makan pellet secukupnya, manakala 6 bulan ke atas harus disukat kuantiti pelletnya bergantung kepada berat dan usia arnab. Timothy hay baik untuk arnab 6 bulan ke atas sebagai makanan ruji iaitu pemberian tanpa had, baik di siang hari atau malam hari. Manakala alfalfa hay baik untuk anak arnab bawah 5 bulan dan untuk induk yang mengandung serta menyusukan anak.

Hal ini kerana alfalfa mengandungi kandungan protein yang baik untuk tumbesaran. Sayur-sayuran basah dan buah-buahan boleh diberikan sebagai ‘treat’ kepada arnab anda, tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Waktu malam adalah waktu paling aktif bagi arnab, maka arnab akan makan lebih banyak diwaktu malam. Jadi jangan lupa untuk sediakan makanan yang secukupnya dan bekalkan air bersih yang ditukarkan setiap hari.

2) Bersihkan sangkar arnab dengan kerap. Sangkar yang kotor bukan sahaja akan mengundang bakteria, fungus dan juga makhluk perosak serta mampu membahayakan kesihatan arnab, malahan diri anda juga.

3) Beri perhatian kepada arnab anda setiap hari. Bermainlah dan luangkan masa dengan arnab anda sekurang-kurangnya sekali sehari agar arnab anda rasa disayangi. Jika anda merancang untuk melancong atau ke mana-mana sahaja, pastikan ada individu yang boleh membantu anda untuk menjaga arnab anda.

4) Sediakan permainan untuk arnab anda. Tidak perlu barangan mahal, cukuplah sekadar role tisu yang sudah tidak digunakan, mahupun loceng dan biarkan arnab anda bermain bersama barangan tersebut. Pastinya keletah arnab akan mengundang senyum dibibir anda.

5) Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik haiwan. Rutin pemeriksaan arnab ke klinik haiwan harus dilakukan, seminimumnya adalah 6 bulan sekali. Hal ini bagi memastikan arnab diberi imunisasi merentang penyakit bahaya seperti kurap dan cacing.

6) Lepaskan arnab anda dihalaman yang bebas makhluk perosak. Pastikan arnab dibiar lepas bebas dikawasan yang tidak terdapat haiwan pemangsa dan makhluk perosak seperti kutiu mahupun cacing.

7) Sediakan ruang sangkar yang selesa bagi arnab anda. Jangan letakkan arnab dalam sangkar yang terlalu kecil mahupun terlalu banyak bilangan arnab dalam satu-satu sangkar. Pastikan arnab diletakkan seekor sahaja dalam setiap sangkar bagi memudahkan tugas memantau kesihatan dan proses mengawan arnab anda.

 Arnab tidak perlu mandi. Lumrahnya, seperti haiwan lain arnab akan membersihkan diri sendiri. Namun jika arnab didapati terlalu kotor, cukuplah sekadar menggunakan ‘dry shampoo’ iaitu shampoo arnab tanpa bilas. Ditakuti jika arnab yang tidak biasa dimandikan akan mati secara tiba-tiba kerana terkejut dengan perubahan suhu badan.

9) Pegang arnab dengan cara yang betul. Jangan pegang arnab dengan mengangkat kedua-dua telinganya sahaja kerana dibahagian telinga arnab terdapat jutaan saraf yang dikhuatiri jika tersalah pegang akan membahayakan arnab anda. Genggam kulit belakang badan arnab dan tampung badan arnab dengan sebelah tangan lagi atau peluk arnab macam peluk kucing (itu pun kalau arnab anda tidak menendang dan mencakar).

Itu sahaja. Selamat memelihara arnab 

No comments:

Post a Comment