Wednesday, 25 December 2013

CARA YANG BIJAK MEMBERI MAKAN PADA ARNAB DAN TIPS SISTEM PEMAKANAN ARNAB

( GAMBAR HIASAN )

SALAM..bertamu lagi kita pd kupasan kali ini dengan tajuk " cara bijak mengajar atau mendidik arnab dari segi cara dan waktu makan "baiklah,seperti lazimnya yg selalu kita jumpa atau kita tahu pembela arnab kurang tahu akan perkara ini,sering kali berlaku arnab yg mereka bela itu akan menjadi obes atau bertambah berat badan dengan cepatnya,dan akan mendapat penyakit dari kesan itu..tahukah kita yg bukan sekadar manusia menjadi derita penyakit jika arnab anda terlebih berat badan..ok,saya akan cuba kupaskan mana yg termampu sahaja.

SOALAN LAZIM : BOLEH ATAU TIDAK ARNAB DI BERI MAKAN LEBIH DARI 2 KALI SEHARI?

JAWAPAN SAYA : BOLEH,TETAPI CARA ITU AKAN MENJADIKAN ARNAB ANDA OBESITI,BERISIKO TINGGI TERHADAP PENYAKIT PENYAKIT MERBAHAYA,SEPERTI LUKA KAKI,ARNAB JADI MALAS BERGERAK ( INI AKAN MENJADIKAN JANTUNG ARNAB ANDA LEMAH DALAM MASALAH TERKEJUT )MASALAH MATI MENGEJUT,STROKE DAN TULANG MUDAH PATAH ( AKIBAT BERAT BADAN BERLEBIHAN )

SOALAN LAZIM : BOLEH KE,TAPI SAYA TAK SAMPAI HATI LIHAT DIA KELAPARAN ?

JAWAPAN SAYA : JUMLAH PEMBERIAN ARNAB MAKAN DALAM SEHARI IALAH MAXIMUM 3 KALI,MANAKALA 2 KALI IALAH TERBAIK,ARNAB AKAN SENTIASA MAHU MENGUNYAH,DIA TAK AKAN BERHENTI MAKAN,SEBAB ITULAH IA SENTIASA BERAK,JADI KITA SEBAGAI PENJAGA,HARUSLAH KITA MENDIDIK ARNAB KITA,ARNAB TIDAK MAKAN SELAMA 3 HARI ( KRITIKAL ) TETAPI AIR YG PALING PENTING,JADI DARI ITU SAYA SARANKAN PD ANDA SEMUA,PAGI BERI SEKALI MAKAN,DAN BERIKUTNYA IALAH PADA WAKTU MALAM PULA.JANGAN RISAU,JIKA INI ANDA DAPAT IKUT,INSYAALAH ARNAB ANDA KESIHATAN MEREKA AKAN TERKAWAL DARI MASALAH OBESITI.

SOALAN LAZIM :ARNAB SAYA TAK SUKA MAKAN HAY,KENAPA YA ?

JAWAPAN SAYA : HAY IALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK ARNAB,JIKA MASALAH TIDAK MAHU MAKAN HAY ITU IALAH SEKADAR MASALAH TERPENCIL SAJA,SAYA SARANKAN ANDA SUPAYA SEBELUM BERI ARNAB ANDA MAKAN HAY,SILA PUASAKAN MEREKA TERLEBIH DAHULU,SEKURANG KURANGNYA 4 JAM,HANYA DIBERI AIR SAHAJA DLM TEMPOH PUASA ITU,INSYAALLAH DIA AKAN MAKAN HAY ITU NANTI.JIKA MASALAH YG SAMA BERLAKU JUGA,ANDA BOLEHLAH MELANJUTKAN WAKTU PUASA ITU LAGI.APA PUN YG ANDA KATAKAN,HAY IALAH MAKANAN YG AMAT AMAT PENTING BAGI ARNAB,APA CARA SEKALI PUN KITA HARUS KENA BERI ARNAB MAKAN HAY DLM JUMLAH YG TIDAK TERHAD.SEPERTI 30% PELLET 70% HAY INI AMAT PERLU,KENA JAGA BAIK BAIK DIET MEREKA,INGAT,ARNAB MUDAH MATI JIKA PELLET MAKANAN UTAMA MEREKA,ANDA AKAN HADAPI BANYAK MASALAH DARI ARNAB ANDA JIKA DIET MEREKA TIDAK BETUL.

SOALAN LAZIM : SAYA BERI ARNAB SAYA MAKAN PELLET JE,OK JE SAMPAI SEKARANG ?

JAWAPAN SAYA : SATU MASA ANDA AKAN BERDEPAN JUGA MASALAH ITU,JGN TERLALU YAKIN.

SOALAN LAZIM : BOLEH KE ARNAB KALAU MAKAN HAY SAJA ?

JAWAPAN SAYA : INI BUKALAH MASALAH BOLEH ATAU TIDAK,KERANA ARNAB KITA BUKANLAH 100% ARNAB LIAR,JADI CARA PEMAKANAN DIA AGAK BERBEZA SEDIKIT DARI KEBIASAAN,CUMA KITA PERLU MENGHADKAN PERUBAHAN ITU,SUPAYA KESIHATAN MEREKA TERJAGA,DAN TIDAK MENDATANGKAN MASALAH KEPADA KITA KELAK,JIKA ARNAB ANDA BERMASALAH,POKET ANDA JUGA BERMASALAH.JADI SAYA SARANKAN PADA ANDA,30% PELLET 70% HAY..TAK ELOK FOKUSKAN SANGAT PADA PELLET.KERANA ITU MAKANAN SEGERA WALAUPUN SECARA ASASNYA KANDUNGAN BERUPA TUMBUHAN TETAPI PENGALAMAN TELAH MEMBUKTIKAN PERKARA ITU TIDAK BAIK UTK KESIHATAN ARNAB.

SOALAN LAZIM : APA BEZA ALFAFA HAY DAN TIMOTHY HAY ?

JAWAPAN SAYA : TIMOTHY HAY KAYA DENGAN KANDUNGAN SERAT,KITA SEDIA MAKLUM,SERAT MEMANG AMAT PENTING UTK KESIHATAN TIDAK KIRA BERAPA UMUR ARNAB ITU SEKALI PUN MAHUPUN JANTINA,KELEBIHAN SERAT ATAU FIBER IALAH DAPAT MENGAWAL BERAT BADAN PADA ARNAB ANDA,MENGELUARKAN KOTORAN DALAM USUS ARNAB SECARA BAIK,SEKALI GUS MENGURANGKAN PENYAKIT MERBAHAYA DAN MENINGKATKAN KESIHATAN ARNAB ANDA,MENGURANGKAN RISIKO ARNAB MENGHIDAP PENYAKIT KANSER DAN PENYAKIT MAUT YG LAIN.ALFAFA HAY PULA KELEBIHANNYA IALAH KAYA DENGAN PROTIEN,JADI ARNAB YG BERUSIA 1 BLN HINGGA 6 BULAN DAN IBU ARNAB YANG SEDANG MENGANDUNG DAN LEPAS BERSALIN SELAMA 2 BULAN SAHAJ YG LAYAK DI BERI MAKAN,KELEBIHAN ALFAFA HAY IALAH UNTUK PERTUMBUHAN SEL DALAM BADAN,SEPERTI GIGI,TULANG,BULU,ANTIBODI,HORMON,KULIT KUKU,DAN SISTEM SISTEM ASAS DALAM TUBUH ARNAB,KHASIAT PROTIEN SEBENARNYA BEGITU BANYAK SEKALI,CONTOHNYA JIKA ARNAB ANDA MENDAPATI LUKA,PROTIEN BOLEH MEMBANTU PULIHKAN KECEDERAAN LUKA ITU DGN PENUMBUHAN TISU KULIT.KECUKUPAN SUMBER PROTIEN AMAT PENTING UNTUK KESIHATAN ARNAB MENGIKUT HAD UMUR ARNAB,PROTIEN JUGA MEMBEKALKAN TENAGA BAGI TUBUH ARNAB,JADI PEMGAMBILAN PROTIEN YG BETUL HARUSLAH SESUAI MENGIKUT PERINGKAT UMUR ARNAB.ARNAB DEWASA JUGA PERLUKAN PROTIEN JUGA,TETAPI TIDAK SEBANYAK ARNAB KECIL DAN REMAJA.PROTEIN JUGA MAMPU MENBANTU MENGUATKAN TULANG RAWAN.

SOALAN LAZIM : JADI APAKAH CARA YG TERBAIK UTK MENDIDIK ARNAB DENGAN CARA PEMAKANAN YG BAIK ?

JAWAPAN SAYA : CARANYA YG TERBAIK IALAH JIKA MENGIKUT SAYA,SEHARI 2 KALI PEMBERIAN MAKANAN,YG MANA SEBELAH PAGINYA DIBERI PELLET SEBANYAK 100G SEEKOR ( NNTI LAMA2 ANDA DPT AGAK SENDIRI JUMLAHNYA ) DAN YANG SETERUSNYA SEBELAH MALAM PULA BERIKAN MEREKA MAKAN ALFAFA HAY ATAU TIMOTHY HAY,TETAPI HAY TIDAK TERHAD JUMLAHNYA DIWAKTU PEMBERIAN ARNAB MAKAN..DARI SITU ANDA AKAN LIHAT PERBEZAAN KESIHATAN ARNAB ANDA KELAK..INSYAALLAH..

SESI PENGULINGGAN : penjagaan pemakanan bukan penting sekadar pada haiwan,malah juga manusia,penyakit biasanya datang dari pemakanan,dari situ,kesihatan yg baik berpunca dari penjagaan pemakanan,apa pun alasan anda fitrah kejadian harus diutamakan.penjagaan pemakanan ialah nadi yg menentukan samada penternakan arnab anda ditahap kualiti yg ditanggaa mana,baik ataupun sebaliknya..terima kasih dan berjumpa lagy di tajuk penternakan arnab akan datang.salam.sawadikap :D


sumber- disana sini!

No comments:

Post a Comment